Selasa, 17 Mac 2015

JALAN-JALAN JERANTUT HILL RESORT,JERANTUT PAHANG DM,MALAYSIA

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

16/3/2015 Isnin
Bila time cuti ni minda sentiasa berfikir nak buat apa agaknya untuk pengisian cuti sekolah.Tujuan utama nak bagi anak-anak happy dan kurangkan kebosanan mereka dari tak buat apa-apa aktiviti.So,terfikir seketika,budak-budak dengan aktiviti air sememangnya tak dapat dipisahkan.So,ambik keputusan pergi ke Jerantut Hill Resort.Jam 5.00petang selepas solat Asar,minta anak-anak bersiap-siap,ibu nak bawa mereka pergi swimming pool.Amboi...apa lagi happy sangatlah diaorang sambil  terloncat-loncat.Memang sah budak-budak memang suka main air.kalau rakan semua nak bawa anak berjalan cuti sekolah atau hujung minggu, carilah tempat yang ada aktiviti mandi manda.Dapatan yang akak perolehi sebelum ni, bila bawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat yang hanya berjalan kaki melihat persekitaran,anak-anak cepat sangat mengeluh dan cakap bosan.So,ambik keputusan lepas ni kalau nak bawa anak-anak bercuti kena pastikan tempat tu mesti ada kolam,tepi pantai,sungai,air terjun atau lata.Pilihlah mana satu yang bersesuaian.
Okey,kita bercerita pasal Jerantut Hill Resort ni, mungkin ada rakan-rakan yang belum sampai ke daerah Jerantut dan ingin tahu tentang tempat ni.Jerantut Hill Resort,lokasinya 3KM dari bandar Jerantut dan jalan nak ke tempat ni menghala ke Benta dan Raub.Terletak di atas bukit dengan permandangan yang cukup indah.Kalau nak tahu lebih lanjut contact akak.U all boleh singgah rumah akak makan-makan dan coffee-coffee.Memang suka sangat bila ada tetamu datang.Selamat Bercuti.
Sekian Terima Kasih Kerana Sudi Membaca.







KENANGAN YANG TERINDAH

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

17/3/2015 Selasa
Disini yang terindah,itulah yang dapat diungkapkan.Menjejakkan kaki ke Tanah Suci ini merupakan satu impian yang telah lama tersemat dihati.Alhamdulillah dengan kurnia rezeki olehNya dapatlah ke sini bersama seribu harapan.Segala kenangan disini cukup indah dan setiap detik itu sangat berharga.Insyaallah jika di murahkan rezeki ingin ke sini lagi.














Sabtu, 14 Mac 2015

JOM JADI BIJAK DALAM MEMBELI.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

14/3/2015 Sabtu.
Hari ini ada pasar malam di Jerantut.Kebetulan hari ini, gaji husband,so apa lagi waktu sebeginilah nak mintak belanja.Belanja wife dan anak-anak dapat pahala dan murah rezeki...Jadi jangan berkiralah sangat.
Memandangkan bermula cuti sekolah,mesti ramai orang dan tempat parking mesti susah nak dapat kalau bawa kereta,penyelesaian yang terbaik naik motor, cepat dan mudah parking.
Niat dihati nak membeli ayam percik,so pergilah ke tempat yang biasa pergi beli.Dan sebenarnya dah lama tak ke pasar malam dan dah lama tak makan ayam percik.Tiba dekat tempat jualan ayam percik,kami terkejut dengan apa yang kami lihat,Oh tidak ku sangka harga ayam percik berharga RM4.50 seketul kecil.Harga lama RM3.00 dan kenaikan harga sebanyak RM1.50.
Keputusannya,kami tak jadi nak beli ayam percik tadi walaupun nafsu makan ayam percik dah terbayang-bayang.Bukan kedekut,bukan sayang duit....tapi kami ingin jadi "BIJAK DALAM MEMBELI".Ini merupakan satu langkah bagaimana nak ajar peniaga supaya dia tahu kenapa produk jualan tidak mendapat sambutan.Dengan kata lain"BOIKOT MEMBELI JIKA MAHAL".Kepada para peniaga di luar sana kenapa kita nak jual harga yang mahal?Jika anda jual dengan harga murah dan berpatutan,pembeli akan datang berpusu-pusu nak membeli apa yang anda jual.Pendapatan semakin meningkat dan anda untung.Jika anda jual mahal,pembeli tak akan datang membeli dan kesannya anda rugi.Produk yang anda jual akan rosak dan anda akan alami kerugian yang sangat tinggi.Yang mana pilihan anda wahai para peniaga?"UNTUNG ATAU RUGI?"
Cuba renung-renungkan,cuba fikir-fikirkan...Anda tak akan rugi jika jual dengan harga murah tapi anda akan rugi jika jual harga mahal sebab orang akan berfikir nak membeli.
Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca.

Jumaat, 13 Mac 2015

SESUATU YANG DIRINDUI DI ISTANBUL,TURKEY

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

13/3/2015 Dipetang hari Jumaat teringat pulak suasana di Istanbul.Jadi,cari-cari gambar yang save kat laptop dapatlah dikongsi bersama rakan semua.Bila agaknya boleh sampai ke sini lagi...Di antara  image yang dirindui



























Rabu, 11 Mac 2015

DIARI SEORANG GURU PRASEKOLAH


Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

11/3/2015 hari ini akak terfikir nak berkongsi tentang rutin seorang guru prasekolah.Bila sebut kerjaya guru,orang akan kata"untunglah jadi cikgu,kerja senang,gaji besar,budak cuti cikgu cuti"ayat-ayat ini sentiasa didengari bila berkumpul dengan adik beradik,jiran-jiran dan rakan-rakan lama.Disebalik ayat-ayat itu tiada orang yang tahu dan fahami kecuali seorang yang bergelar guru.Disini akak ingin berkongsi sedikit tentang akak yang bergelar guru prasekolah.Akak bertugas di prasekolah Sekolah Kebangsaan Pedah Jerantut Pahang Darul Makmur.Inilah rutin harianku.

4.00pagi-bangun,seterika baju.
5.00pagi-kemas rumah
5.30pagi-mandi, solat dan bersiap-siap ke sekolah
6.30pagi-keluar dari rumah memandu sebuah kereta kancil berwarna kuning.Nak beli suzuki swift tak mampu,yang mampu kancil swift..kikiki
6.50pagi-Sampai di kelas,letak beg laptop,handbag dan beg BBM.Bancuh oat dengan air panas.Letak atas meja.
7.00pagi-Siram Bunga,Siram sayur,Sapu sampah depan kelas,cuci longkang depan kelas dan susun selipar murid.
7.30pagi-Urus murid di tapak perhimpunan.Bagi tahun 2015,setiap hari ada perhimpunan.
7.45pagi-pastikan murid susun kasut sebelum masuk ke kelas dan pastikan murid beratur ketika ambil makanan.Bimbing murid baca doa makan,Murid sarapan,cikgupun sarapan oat tadi.
8.00pagi-12.00Tengahari -Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.
12.00 Tengahari-Murid Pulang
12.00Tengahari Hingga 2.00petang-Buat RPH,Buat Bahan Bantu Mengajar,semak lembaran kerja murid,kemaskini fail murid,kemaskini fail-fail prasekolah.
2.00petang-Pulang dan hantar anak ke kelas KAFA,solat,masak dan tidur sekejap.Kalau petang ada aktiviti Kokurikulum jadi kena turun biasanya Jam 5.30 petang hingga 6.30petang,
Selepas Isyak aktiviti mengadap komputer,download bahan untuk pengajaran dan pembelajaran,print,gunting dan liminate gunting.Time kena buat kertas kerja dan online yang pelbagai e.Inilah kerja sampai rumah.
12.00Malam-wajib Tidur.
Sabtu Dan Ahad-pagi-pagi pergi siram bunga dan siram sayur dulu sebab musim panas takut pulak pokok kering.pastu cakar sampah dekat taman permainan bagi nampak bersih dan terurus.Itu saja yang dapat kongsi bersama rakan-rakan,adik-adikku,jiran-jiran...banyak lagi tugas sebenar..
Sesungguhnya Akak sangat bersyukur dan bahagia dengan kerjaya ini.Masa kecil dulu selalu main cikgu-cikgu,alhamdulillah bila besar jadi cikgu.
That's All,Thank You

Selasa, 10 Mac 2015

Kisah "Talam Dua Muka"

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

10/3/2015.Hari ini akak ingin berkongsi bersama anda tentang kisah talam dua muka dikalangan rakan-rakan kita.Kisah talam dua muka yang sememangnya sangat tidak disukai oleh mana-mana orang sekalipun.Perbuatan dan sikap ini seharusnya dibuang jauh-jauh.Jangan disimpan didalam hati kerana kesan terhadap diri sendiri dan orang lain sangat besar dan menular.Sikap talam dua muka tidak patut wujud dalam diri orang Melayu.Kisah yang berlaku ini dapatan yang diperolehi dari pemerhatian lingkungan akak,kisah tentang A yang mempunyai seorang rakan BFF iaitu B.A dan B merupakan rakan yang sangat akraf dan orang disekelilingpun tahu tentang mereka.Untungkan ada BFF?Setiap kali Birthday dapat hadiah dan sangat menghargai antara satu sama lain.Berkongsi cerita dan luahan rasa sama-sama.Ambil berat satu sama lain memang tidak dinafikan.Orang sekeliling akan berkata"bestnya ada BFF,aku tak ade BFF?Namun perkara yang sangat  tidak disangkakan berlaku antara mereka.Tentang A hanya buat baik didepan B dan dibelakang B ,A boleh mengata atau mengumpat lebih senang difahami oleh kita, tentang tingkahlaku B yang sangat perfect 10.Akak tak faham mengapa BFF sanggup berbuat demikian?Rasa ketidakkepercayaan mula timbul dihati ini.Dalam situasi sedemikian kita menjadi sukar untuk mempercayai antara satu sama lain.Jika B tahu tentang sikap BFF nya, berkemungkinan tali persahabatan akan putus.Perkara seperti ini tidak patut dicontohi oleh kita.Jika kita ingin bersahabat karib biarlah sampai mati.Hargai keakraban persahabatan itu.Betapa kecewa hati seorang rakan BFF anda, jika kita bersikap talam dua muka.Sebagai manusia biasa,jagalah mulut kita dari berkata-kata yang tidak elok dan tidak sepatutnya dilontarkan.Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar apa yang kita ucapkan dan lakukan.Sentiasa muhasabah dan cermin-cermin diri kita.Lebih baik kita jalankan tanggungjawab yang diamanah dari berkumpul bersama-sama rakan yang lain bercerita atau duduk mengumpat tentang BFF atau rakan sekeliling kita.Kita perlu sedar mana yang baik dan mana yang buruk.Diharapkan kisah ini dijadikan tauladan kepada semua diluar sana.

Jumaat, 6 Mac 2015

INOVASI BAHAN BANTU MENGAJAR PRASEKOLAH.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.


6/3/2015 Jumaat.Hari ini akak terfikir nak berkongsi beberapa keping gambar bahan bantu mengajar yang akak take foto masa kelas tutorial.Memang sangat kreatif dan menarik serta memang sangat kreatif sahabat-sahabatku Bahan bantu mengajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran sangat penting dan bermakna.Bahan bantu mengajar ibarat lauk yang sedap yang dimakan dengan nasi putih.Kalau tidak ada lauk memang tak sedap macam tu jugak dalam PDP mesti ada BBM kalau tak pembelajaran pasti tidak menyeronokkan.Murid-murid pun mesti teruja nak belajar dan mesti rajin datang sekolah.