Selasa, 10 Mac 2015

Kisah "Talam Dua Muka"

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

10/3/2015.Hari ini akak ingin berkongsi bersama anda tentang kisah talam dua muka dikalangan rakan-rakan kita.Kisah talam dua muka yang sememangnya sangat tidak disukai oleh mana-mana orang sekalipun.Perbuatan dan sikap ini seharusnya dibuang jauh-jauh.Jangan disimpan didalam hati kerana kesan terhadap diri sendiri dan orang lain sangat besar dan menular.Sikap talam dua muka tidak patut wujud dalam diri orang Melayu.Kisah yang berlaku ini dapatan yang diperolehi dari pemerhatian lingkungan akak,kisah tentang A yang mempunyai seorang rakan BFF iaitu B.A dan B merupakan rakan yang sangat akraf dan orang disekelilingpun tahu tentang mereka.Untungkan ada BFF?Setiap kali Birthday dapat hadiah dan sangat menghargai antara satu sama lain.Berkongsi cerita dan luahan rasa sama-sama.Ambil berat satu sama lain memang tidak dinafikan.Orang sekeliling akan berkata"bestnya ada BFF,aku tak ade BFF?Namun perkara yang sangat  tidak disangkakan berlaku antara mereka.Tentang A hanya buat baik didepan B dan dibelakang B ,A boleh mengata atau mengumpat lebih senang difahami oleh kita, tentang tingkahlaku B yang sangat perfect 10.Akak tak faham mengapa BFF sanggup berbuat demikian?Rasa ketidakkepercayaan mula timbul dihati ini.Dalam situasi sedemikian kita menjadi sukar untuk mempercayai antara satu sama lain.Jika B tahu tentang sikap BFF nya, berkemungkinan tali persahabatan akan putus.Perkara seperti ini tidak patut dicontohi oleh kita.Jika kita ingin bersahabat karib biarlah sampai mati.Hargai keakraban persahabatan itu.Betapa kecewa hati seorang rakan BFF anda, jika kita bersikap talam dua muka.Sebagai manusia biasa,jagalah mulut kita dari berkata-kata yang tidak elok dan tidak sepatutnya dilontarkan.Allah SWT Maha Mengetahui dan Maha Mendengar apa yang kita ucapkan dan lakukan.Sentiasa muhasabah dan cermin-cermin diri kita.Lebih baik kita jalankan tanggungjawab yang diamanah dari berkumpul bersama-sama rakan yang lain bercerita atau duduk mengumpat tentang BFF atau rakan sekeliling kita.Kita perlu sedar mana yang baik dan mana yang buruk.Diharapkan kisah ini dijadikan tauladan kepada semua diluar sana.

Tiada ulasan: