Assalamualaikum Dan selamat
Sejahtera.
Pada kali ini Kaklong ingin
berkongsi dengan rakan-rakan tentang petua untuk kekalkan hubungan.Hubungan ini
dari segi aspek rumahtangga,keluarga suami atau isteri,percintaan,rakan sejawat
dan rakan-rakan yang berada disekeliling kita.Kaklong bukanlah pakar motivasi
Cuma kaklong sentiasa memerhati dan mengkaji aspek tingkahlaku diri sendiri dan
orang lain.Setiap apa yang didengar dan dipandang, kaklong cuba untuk membuat
catatan untuk dijadikan rujukan di masa-masa tertentu.Jadi,petua yang ingin
disampaikan ini agar dapat dikongsikan bersama-sama bagi meningkatkan positif
minda kita.Petua yang kaklong ingin
sampaikan ialah petua kata-kata hikmah untuk positif diri kaklong bagi
mengekalkan hubungan rumahtangga,hubungan keluarga mertua,hubungan antara rakan
sejawat,rakan-rakan dan jiran.Diantaranya ialah:
v Rapatkan
hubungan dengan memahami bukan putuskan hubungan dengan emosi.
v Belajar
untuk memahami dan belajar untuk menerima.Contohnya,jika kita lihat suami
kurang berkemampuan untuk memenuhi segala kehendak kita oleh demikian kita
perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa suami kita tidak mampu memenuhi
kehendak kita.Kehendak seorang wanita skopnya sangat besar seperti inginkan
rumah yang besar,kereta yang mahal,pakaian yang silih bertukar ganti,barang
kemas dan lain.
v Jangan
sentiasa menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak pernah menyalahkan diri
sendiri mengapa menyalahkan orang lain.
v Kalau
nak faham diri orang lain,kita perlu faham diri sendiri.
v Belajar
untuk faham orang lain dan orang lain akan belajar untuk faham diri kita,
v Kita
tidak akan faham sampai bila-bila jika kita tidak belajar untuk fahami orang
lain.
v Kenal
siapa dia,baru kita kenal siapa dia untuk kita.
v Jangan
kita sentiasa inginkan orang lain untuk faham diri kita sedangkan kita tidak
pernah belajar untuk belajar memahami orang lain.
v Jangan
berfikiran singkat tetapi berfikirlah dengan fikiran terbuka.
v Terima
nasihat orang dan orang akan terima nasihat kita.
v Jangan
kita suka meminta cadangan tetapi
kita pula memberi cadangan.
v Terima
nasihat orang dan cuba pertimbangkan nasihat orang.
v Cuba
belajar untuk memperbetulkan keadaan bukan menyalahkan keadaan.
v Cuba
positikan diri sendiri sebelum negatifkan
diri orang lain.
v Belajar
untuk menerima kekurangan orang lain bukan belajar untuk menyalahkan kekurangan
orang lain.
v Lebih
baik berbincang dari bertengkar.
v Cuba
untuk catatkan kebaikan dan kelemahan
dia dan dia pula cuba catatkan kebaikan dan kelemahan kita.
v Dengar,diam
dan faham apa orang hendak cakap supaya orang akan dengar,diam dan faham apa
yang kita hendak cakap.
v Belajar
untuk faham dia dan kita perlu cuba untuk faham dia dan itulah perangai dia.
v Kita
tidak perlu belajar mengubah diri orang lain tetapi belajarlah untuk mengubah
diri sendiri.
v Berikan
semangat kekuatan dan sokongan bukan menghancurkan semangat kekuatan dan
sokongan.
v Belajar
untuk memahami cara dia dan kita belajar memperbaiki cara kita.
v Ikut
rentak dia pasti suatu masa dia pasti jua akan ikut rentak kita.
v Belajar
untuk tahu apa yang dia suka dan belajar untuk tahu apa yang dia tidak suka.
v Belajar
untuk bertolak ansur dengan dia nescaya dia akan bertolak ansur dengan kita.
v Belajar
untuk tidak mengkritik sebaliknya belajarlah untuk lihat,dengar dan faham.
v Belajarlah
untuk tenang dan bukan belajar untuk marah.
v Belajarlah
untuk meluahkan perasaan dan bukan belajar untuk memendamkan perasaan.
v Belajarlah
untuk bersabar dan bukanlah belajar untuk marah.
v Belajarlah
untuk memperbaiki kelemahan diri bukan belajar untuk tidak memperbaiki
kelemahan diri.
v Belajarlah
untuk menggembirakan hati dia nescaya dia akan belajar untuk ` menggembirakan hati kita.
Sekian
Terima Kasih.