Ahad, 6 Disember 2015

PETUA KEKALKAN HUBUNGAN RUMAHTANGGA,KELUARGA DAN PERSAHABATAN

Assalamualaikum Dan selamat Sejahtera.
Pada kali ini Kaklong ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang petua untuk kekalkan hubungan.Hubungan ini dari segi aspek rumahtangga,keluarga suami atau isteri,percintaan,rakan sejawat dan rakan-rakan yang berada disekeliling kita.Kaklong bukanlah pakar motivasi Cuma kaklong sentiasa memerhati dan mengkaji aspek tingkahlaku diri sendiri dan orang lain.Setiap apa yang didengar dan dipandang, kaklong cuba untuk membuat catatan untuk dijadikan rujukan di masa-masa tertentu.Jadi,petua yang ingin disampaikan ini agar dapat dikongsikan bersama-sama bagi meningkatkan positif minda kita.Petua  yang kaklong ingin sampaikan ialah petua kata-kata hikmah untuk positif diri kaklong bagi mengekalkan hubungan rumahtangga,hubungan keluarga mertua,hubungan antara rakan sejawat,rakan-rakan dan jiran.Diantaranya ialah:
v    Rapatkan hubungan dengan memahami bukan putuskan hubungan dengan  emosi.
v    Belajar untuk memahami dan belajar untuk menerima.Contohnya,jika kita lihat suami kurang berkemampuan untuk memenuhi segala kehendak kita oleh demikian kita perlu belajar untuk menerima hakikat bahawa suami kita tidak mampu memenuhi kehendak kita.Kehendak seorang wanita skopnya sangat besar seperti inginkan rumah yang besar,kereta yang mahal,pakaian yang silih bertukar ganti,barang kemas dan lain.
v    Jangan sentiasa menyalahkan orang lain sedangkan kita tidak pernah menyalahkan diri sendiri mengapa menyalahkan orang lain.
v    Kalau nak faham diri orang lain,kita perlu faham diri sendiri.
v    Belajar untuk faham orang lain dan orang lain akan belajar untuk faham diri kita,
v    Kita tidak akan faham sampai bila-bila jika kita tidak belajar untuk fahami orang lain.
v    Kenal siapa dia,baru kita kenal siapa dia untuk kita.
v    Jangan kita sentiasa inginkan orang lain untuk faham diri kita sedangkan kita tidak pernah belajar untuk belajar memahami orang lain.
v    Jangan berfikiran singkat tetapi berfikirlah dengan fikiran terbuka.
v    Terima nasihat orang dan orang akan terima nasihat kita.
v    Jangan kita suka meminta cadangan tetapi kita pula memberi cadangan.
v    Terima nasihat orang dan cuba pertimbangkan nasihat orang.
v    Cuba belajar untuk memperbetulkan keadaan bukan menyalahkan keadaan.
v    Cuba positikan diri sendiri sebelum negatifkan  diri  orang lain.
v    Belajar untuk menerima kekurangan orang lain bukan belajar untuk menyalahkan kekurangan orang lain.
v    Lebih baik berbincang dari bertengkar.
v    Cuba untuk  catatkan kebaikan dan kelemahan dia dan dia pula cuba catatkan kebaikan dan kelemahan  kita.
v    Dengar,diam dan faham apa orang hendak cakap supaya orang akan dengar,diam dan faham apa yang kita hendak  cakap.
v    Belajar untuk faham dia dan kita perlu cuba untuk faham dia dan itulah perangai dia.
v    Kita tidak perlu belajar mengubah diri orang lain tetapi belajarlah untuk mengubah diri sendiri.
v    Berikan semangat kekuatan dan sokongan bukan menghancurkan semangat kekuatan dan sokongan.
v    Belajar untuk memahami cara dia dan kita belajar memperbaiki cara kita.
v    Ikut rentak dia pasti suatu masa dia pasti jua akan ikut rentak kita.
v    Belajar untuk tahu apa yang dia suka dan belajar untuk tahu apa yang dia tidak suka.
v    Belajar untuk bertolak ansur dengan dia nescaya dia akan bertolak ansur dengan kita.
v    Belajar untuk tidak mengkritik sebaliknya belajarlah untuk lihat,dengar dan faham.
v    Belajarlah untuk tenang dan bukan belajar untuk marah.
v    Belajarlah untuk meluahkan perasaan dan bukan belajar untuk memendamkan perasaan.
v    Belajarlah untuk bersabar dan bukanlah belajar untuk marah.
v    Belajarlah untuk memperbaiki kelemahan diri bukan belajar untuk tidak memperbaiki kelemahan diri.
v    Belajarlah untuk menggembirakan hati dia nescaya dia akan belajar untuk          ` menggembirakan hati kita.

Sekian Terima Kasih.

JALAN-JALAN SINGAPORE 2015

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

9/6/2015
Selasa

Pada kali ini Kak Long ingin berkongsi beberapa keping foto jalan-jalan ke Singapore bagi tahun 2015.Singapore merupakan salah satu negara berada dalam senarai pilihan wajib bagi Kak Long untuk dikunjungi kerana kakak ipar KakLong menetap di Singapore jadi jika ada kelapangan Kak Long dan keluarga akan berkunjung ke rumah kakak ipar.Alang-alang ke rumah kakak ipar kak long telah  membuat perancangan untuk explore tempat-tempat menarik di Singapore.Salah satu tempat dilawati ialah Universal Studio Singapore.Satu perkara yang paling disukai ialah naik bas pusing-pusing bandar.Persekitaran yang sangat bersih membuatkan hati terpaut untuk ke Singapore.
























SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI SINGGAH DI BLOG KAKLONG