Jumaat, 13 November 2015

JALAN-JALAN GAMBANG WATERPARK,KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada kali ini KakLong ingin berkongsi cerita episod jalan-jalan ke Gambang Waterpark,Kuantan.Tak sah kalau tak berkunjung ke tempat yang ada aktiviti bermain air.Memandangkan anak-anak suka sangat main air kat rumah jadi ibu bagi peluang main air dan berendam sepuas-puasnya dekat Gambang Waterpark




JALAN-JALAN PULAU CHEKAS RAUB,PAHANG

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

7/11/2015
Pada episod jalan-jalan kali ini kaklong ingin membawa anda semua ke satu destinasi pelancongan yang paling popular dinegeri Pahang yang terletak di daerah Raub.Bagi anda yang sangat teruja dengan keindahan alam sekitar memang tidak mengecewakan bila anda memilih berkunjung ke sini.Deruan air lata yang mengalir sangat mengujakan dan menghilangkan stress di tempat kerja sambil mendengar alunan kicauan burung-burung.Kak long ke sini bersama anak-anak,adik ipar,biras dan ibu mertua.Kesimpulannya,tempat ni memang best untuk program family day.Disini kak long ingin kongsi beberapa keping gambar sepanjang berkunjung ke Pulau Chekas,Raub.












TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG KAKLONG.

JALAN-JALAN AIR TERJUN CHAMANG,BENTONG PAHANG MALAYSIA

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

20/3/2015 Jumaat.
Syukur Alhamdullillah hari ini dapat berkunjung ke Air Terjun Chamang sempena memenuhi aktiviti cuti sekolah.Sebenarnya dah lama berminat nak ke sini setelah membaca blog rakan-rakan iaitu blog cikgu Faiz yang pernah ke Air Terjun Chamang.Plan nak ke sini sememangnya telah ada dalam perancangan tetapi pergi secara tidak dirancang.Kenapa akak cakap macam tu?Sebabnya En Husband sibuk dengan kerja dan last minute buat keputusan nak pergi.Anak-anak paling happy sebabnya bermain air adalah salah satu aktiviti yang paling disukai oleh mereka.Kalau nak pilih tempat-tempat nak bagi anak-anak enjoy carilah tempat yang ada aktiviti bermain air confirm mood happy..tapi kena hati-hati bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.Bagi memastikan keselamatan anak-anak akak akan pastikan mereka memakai life jacket semasa menjalankan aktiviti di air.









SEKIAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN ANDA SINGGAH DI BLOG AKAK.

JALAN-JALAN JAKARTA DAN BANDUNG

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Mood kembali ke blog.Dah lame tak update blog disebabkan kekangan masa harian.Pada kali ni kaklong nak berkongsi dengan rakan-rakan tentang titik perjalanan kaklong bersama adik ipar ke kota Jakarta  dan Bandung.Kesimpulan yang dapat diperkatakan tentang perjalanan ke kota ini ialah memang terbaik untuk kaki shopping yang mana terdapat pelbagai pilihan barangan dengan harga yang sangat berpatutan.Namun demikian,kesibukan kota ini sememangnya tidak dapat dinafikan..masa banyak dihabiskan didalam kereta.Dari segi makanan memang terbaik dimana terdapat pelbagai jenis menu yang sangat menarik dan menyelerakan.Bagi mereka yang suka mencuba menu baru memang tidak disia-siakan apabila ke kota ini.Kebanyakan penduduk di kota ini tidak menggemari minum minuman berais.Kata mereka kalau minum minuman berais mudah sakit badan.Selama 4 hari berada dikota ini kami tak ketemu tea o ais dan yang pastinya ada tea o suam serta jus buah-buahan yang dihidangkan.Di sini kaklong ingin berkongsi dengan rakan-rakan beberapa keping foto sepanjang berada di kota Jakarta dan Bandung.
30/5/2015-2/6/2015.


























Terima Kasih kerana sudi membaca coretan perjalanan Kaklong ke Kota Jakarta Dan Bandung.Ada banyak lagi gambar,ada kelapangan Kaklong uploard lagi.