Khamis, 1 Januari 2015

Jalan-Jalan PCB Resort,Kelantan Malaysia

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera
Bagi yang minat dengan suasana kedamaian dan keindahan pantai boleh mengambil peluang dan ruang untuk ke PCB Resort yang terletak berhampiran Pantai Cahaya Bulan.Akak sampai sinipon disebabkan satu agenda utama untuk menghadiri majlis perkahwinan rakan sekelas IPG yang melansungkan raikan cinta pada 30/11/2014.Jadi akak bertolak dari Jerantut 29/11/2014,check in jam 2.00petang dan bayaran per night RM219.00.Memang sangat berbaloi,tempat penginapan yang sangat selesa dan kondusif,chalet berhadapan pantai.Kalau nak mencari tempat makan pun senang sebab terdapat banyak deretan kedai makan berhampiran dengan resort ni.Jadi,dibawah akak kongsikan bebearapa keping foto untuk tatapan rakan-rakan.Apa yang ingin diperkatakan ialah tempat ni amat sesuai untuk hari keluarga dan santai-santai bersama keluarga tercinta.
Suasana dalam chalet..

Pantai berhadapan dengan chalet

Kat belakang chalet tempat akak menginap.

Tiada ulasan: