Ahad, 15 Februari 2015

Jalan-Jalan Pantai Teluk Chempedak,Kuantan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada episod jalan-jalan Pantai Teluk Chempedak,akak ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang menarik tentang Pantai Teluk Chempedak.Bagi rakan-rakan yang minat dan suka dengan keindahan pantai,tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi dan dilawati seterusnya menjadi salah satu tempat percutian yang menarik dimana berdekatan dengan pantai ini terdapat sebuah hotel terkemuka iaitu Hayat Regency Hotel bagi mereka yang ingin menginap disini.
Pantai Teluk Chempedak merupakan salah satu pusat peranginan yang terkenal di negeri Pahang Darul Makmur.Tempat ni sangat menarik dikunjungi apabila kita menjejakkan kaki ke bandar Kuantan,yang paling gembira sudah tentu anak-anak yang suka dengan keindahan pantai.Dibawah akak kongsikan beberapa keping foto sepanjang berada di pantai ini.



Tiada ulasan: