11/3/2015 hari ini akak terfikir nak berkongsi tentang rutin seorang guru prasekolah.Bila sebut kerjaya guru,orang akan kata"untunglah jadi cikgu,kerja senang,gaji besar,budak cuti cikgu cuti"ayat-ayat ini sentiasa didengari bila berkumpul dengan adik beradik,jiran-jiran dan rakan-rakan lama.Disebalik ayat-ayat itu tiada orang yang tahu dan fahami kecuali seorang yang bergelar guru.Disini akak ingin berkongsi sedikit tentang akak yang bergelar guru prasekolah.Akak bertugas di prasekolah Sekolah Kebangsaan Pedah Jerantut Pahang Darul Makmur.Inilah rutin harianku.
4.00pagi-bangun,seterika baju.
5.00pagi-kemas rumah
5.30pagi-mandi, solat dan bersiap-siap ke sekolah
6.30pagi-keluar dari rumah memandu sebuah kereta kancil berwarna kuning.Nak beli suzuki swift tak mampu,yang mampu kancil swift..kikiki
6.50pagi-Sampai di kelas,letak beg laptop,handbag dan beg BBM.Bancuh oat dengan air panas.Letak atas meja.
7.00pagi-Siram Bunga,Siram sayur,Sapu sampah depan kelas,cuci longkang depan kelas dan susun selipar murid.
7.30pagi-Urus murid di tapak perhimpunan.Bagi tahun 2015,setiap hari ada perhimpunan.
7.45pagi-pastikan murid susun kasut sebelum masuk ke kelas dan pastikan murid beratur ketika ambil makanan.Bimbing murid baca doa makan,Murid sarapan,cikgupun sarapan oat tadi.
8.00pagi-12.00Tengahari -Sesi Pengajaran Dan Pembelajaran.
12.00 Tengahari-Murid Pulang
12.00Tengahari Hingga 2.00petang-Buat RPH,Buat Bahan Bantu Mengajar,semak lembaran kerja murid,kemaskini fail murid,kemaskini fail-fail prasekolah.
2.00petang-Pulang dan hantar anak ke kelas KAFA,solat,masak dan tidur sekejap.Kalau petang ada aktiviti Kokurikulum jadi kena turun biasanya Jam 5.30 petang hingga 6.30petang,
Selepas Isyak aktiviti mengadap komputer,download bahan untuk pengajaran dan pembelajaran,print,gunting dan liminate gunting.Time kena buat kertas kerja dan online yang pelbagai e.Inilah kerja sampai rumah.
12.00Malam-wajib Tidur.
Sabtu Dan Ahad-pagi-pagi pergi siram bunga dan siram sayur dulu sebab musim panas takut pulak pokok kering.pastu cakar sampah dekat taman permainan bagi nampak bersih dan terurus.Itu saja yang dapat kongsi bersama rakan-rakan,adik-adikku,jiran-jiran...banyak lagi tugas sebenar..
Sesungguhnya Akak sangat bersyukur dan bahagia dengan kerjaya ini.Masa kecil dulu selalu main cikgu-cikgu,alhamdulillah bila besar jadi cikgu.
That's All,Thank You
Tiada ulasan:
Catat Ulasan