Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.
24/10/2015
Pada kali ini Kak Long ingin berkongsi beberapa keping gambar semasa melawat Farm In The City dan Kilang Coklat Beryl's yang terletak di Seri Kembangan.Kak Long sebenarnya mengikuti Lawatan Sambil Belajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya,Jerantut yang mana anak perempuan Kak Long bersekolah di situ.Jadi,Kak Long dapat berpeluang jalan-jalan ke tempat yang belum pernah dikunjungi.Bagi kanak-kanak sangat sesuai ke tempat ini dimana dapat mengenali dengan lebih dekat tentang hidupan haiwan jinak dan haiwan liar.Manakala,semasa di kilang coklat pula kanak-kanak dapat melihat sendiri cara pemprosesan atau membuat coklat.Melalui pemerhatian Kak Long semasa berada dikilang ini,kanak-kanak cukup teruja untuk membeli pelbagai jenis coklat.Jadi,ibu-ibu jika mengikuti lawatan ke sini mesti memperuntukkan wang yang lebih sebabnya anak-anak akan ambil coklat dengan rasa seronok dan tidak terkawal.Kalau ibu cakap tak boleh maka berubahlah air muka masing-masing.Itulah perkara yang paling Kak Long tidak suka dan pantang bila anak-anak buat muka yang paling simpati dan buat ibu marah.Jadi,ibu-ibu kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak.
SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MENGUNJUNGI BLOG KAKLONG.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan