Ahad, 22 Februari 2015

Jalan-Jalan d'ARK Resort,Janda Baik,Bentong Pahang Malaysia.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Hari ini akak ingin berkongsi pengalaman jalan-jalan sempena cuti Tahun Baru Cina ke satu tempat yang sangat  menarik perhatian pengunjung ke sebuah perkampungan yang menghijau iaitu Janda Baik yang terletak di daerah Bentong dalam negeri Pahang.Di negeri Pahang memang banyak tempat-tempat menarik yang belum dijelajah oleh akak sebagai rakyat Pahang dan anak kelahiran negeri Pahang.Bertuah sebagai anak Pahang sebabnya negeri Pahang merupakan salah satu negeri pelancongan yang mana terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang semestinya wajib dikunjungi oleh pelancong dalam negara dan luar negara.Kunjungan ke Janda Baik ini merupakan perancangan last minit untuk membawa anak-anak untuk pengisian cuti Tahun Baru Cina.Budak-budak memang suka main air jadi tempat ini memang sangat sesuai untuk bawa anak-anak menjalankan aktiviti main air.Info Jalan-jalan seperti di bawah:

Tarikh:19-20/FEB 2015
Hari:Khamis dan Jumaat.
Tempat dan alamat:d'ARK Resort Sdn.Bhd
Ashida Villa,Lot 5303,Pulau Santap,Janda Baik
28750,Bentong ,Pahang Darul Makmur,Malaysia.
Nombor Telefon:09-2330031.
ROOM  RATES
Name:Teratai
Type:Deluxe
Bed:1 Queen 1 single bed
Rates:RM254.00 Nett
*Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis bilik kat sini...

Resort ini bercirikan tradisional dan bagi rakan-rakan yang merupakan pencinta rumah tradisional jadi resort ini merupakan salah satu tempat yang patut anda pilih.Tempat ini juga sangat cantik untuk merakamkan foto-foto yang indah.Dibawah akak kongsikan beberapa keping foto sepanjang berada disini.
norhaslindamamat.blogspot.com

Lata depan resort..memang enjoy...

Tempat akak menginap yang bahagian bawah..

Pintu masuk ke resort

Bahagian hadapan depan /utama resort









Tiada ulasan: