Jalan-jalan hatyai memang tidak dijangka dan disangka oleh akak untuk ke negara gajah putih.Seorang rakan mencari yang berminat nak menyertai rombongan kelab guru Sk Teh kerana masih ader kekosongan tempat duduk dalam bas.Jadi akak berbincang dengan suami nak sertai rombongan ke Hatyai bersama dengan anak-anak.Anak-anak paling seronok nak pergi jalan-jalan,almaklum sajelah musim cuti sekolah.7/12/2014 kami sekeluarga berkumpul di Sk Teh Jam 8.45malam namun demikian kami terpaksa menunggu lama ketibaan bas.Lastly,bas sampai menghampiri jam 9.30malam dan bertolak dalam jam 10.00malam.8/12/2014 Tiba di Checkpoint Dannok Thailand Jam 10.00pagi.Mungkin rakan-rakan tertanyer akak check in kt maner?Akak check in dekat Hatyai Greenview Hotel dengan bayaran 1800 baht 2 malam.Kalau duit Malaysia RM180.00.Bilik Hotel akak bagi 4 bintang.Hotel ni 500m dari Kim Yong Market.Mungkin rakan-rakan tertanyer-tanyer tempat-tempat menarik dekat Hatyai.Tempat-tempat menarik di Hatyai ialah Jade Statue of Guan Yin,Tone Nga-Chang Waterfall,Samila Beach Songkhla,Kim Yong Market,Plaza Market,Lee Garden Plaza,Khlong Hae floating Market,Ko Yor dan Bird Park Kukud.Bagi yang hobinyer shopping memang sesuai sangat datang berkunjung dan shopping di Hatyai...Kat bawah ni akak kongsikan gambar-gambar di Hatyai untuk tatapan rakan-rakan..Dan akak ucapkan terima kasih kerana sudi membaca catatan perjalanan akak ke Hatyai Thailand..
Yang ni dekat pantai Songkhla..sangat cantik dan banyak deretan kedai cenderahati dekat sini.Harga berpatutan kat sini dan kalau nak shopping keychain memang murah dari tempat yang lain. |
Ini merupakan salah satu masjid yang terdapat di Songkhla Thailand.Rasa teruja bila dapat sembahyang dan menjejakkan kaki di masjid ini. |
Cantik tempat makan ni..sebuah pondok buluh.Pondok yang nak duk bersila pon ader... |
Pandangan hadapan hotel tempat akak menginap.Kalau tengok dari luar macam biase jer tapi dekat dalam memang cantik.. |
Bergambar dulu sebelum explore tempat-tempat di Hatyai.. |
Kenderaan ni orang Thai panggil Tuk Tuk..mmg special... |
Ini merupakan salah satu tempat shopping dekat Hatyai..kat sini banyak barangan kulit..handbag,kasut,baju.. harga pon boleh tahan la mahalnyer sebab berkualiti dan berjenama. |
Yang ni sekitar Lee Garden Plaza..Syurga shopping.. |
Habis shopping naik Tuk Tuk balik hotel.Harga naik Tuk Tuk RM2 jer seorang..bersamaan 20baht. |
Yang ni salah satu makanan yang menjadi kegemaran penduduk Thai..Pulut Mangga RM5.00 duit Thai 50baht. |
Permandangan pantai diSongkhla.. |
Yang ni salah satu tempat makan dekat Hatyai ..ader menu Nasi Kerabu,Nasi Dagang,Roti Canai dan Nasi Campur.. |
Athirah Nur kasih dan Muhammad Aiman bergayer dengan passport.. |
Checkpoint dekat Dannok Thailand.. |
Menu yang akak order Tomyam seafood dan ikan kukus Limau |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan