Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.
16/3/2015 Isnin
Bila time cuti ni minda sentiasa berfikir nak buat apa agaknya untuk pengisian cuti sekolah.Tujuan utama nak bagi anak-anak happy dan kurangkan kebosanan mereka dari tak buat apa-apa aktiviti.So,terfikir seketika,budak-budak dengan aktiviti air sememangnya tak dapat dipisahkan.So,ambik keputusan pergi ke Jerantut Hill Resort.Jam 5.00petang selepas solat Asar,minta anak-anak bersiap-siap,ibu nak bawa mereka pergi swimming pool.Amboi...apa lagi happy sangatlah diaorang sambil terloncat-loncat.Memang sah budak-budak memang suka main air.kalau rakan semua nak bawa anak berjalan cuti sekolah atau hujung minggu, carilah tempat yang ada aktiviti mandi manda.Dapatan yang akak perolehi sebelum ni, bila bawa anak-anak berjalan ke tempat-tempat yang hanya berjalan kaki melihat persekitaran,anak-anak cepat sangat mengeluh dan cakap bosan.So,ambik keputusan lepas ni kalau nak bawa anak-anak bercuti kena pastikan tempat tu mesti ada kolam,tepi pantai,sungai,air terjun atau lata.Pilihlah mana satu yang bersesuaian.
Okey,kita bercerita pasal Jerantut Hill Resort ni, mungkin ada rakan-rakan yang belum sampai ke daerah Jerantut dan ingin tahu tentang tempat ni.Jerantut Hill Resort,lokasinya 3KM dari bandar Jerantut dan jalan nak ke tempat ni menghala ke Benta dan Raub.Terletak di atas bukit dengan permandangan yang cukup indah.Kalau nak tahu lebih lanjut contact akak.U all boleh singgah rumah akak makan-makan dan coffee-coffee.Memang suka sangat bila ada tetamu datang.Selamat Bercuti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan