Khamis, 22 Januari 2015

Hijab Sangat Manis,Simple Dan Anggun

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera

22/1/2015 today,akak ingin berbicara serba sedikit tentang bertudung atau paling disenangi ketika ini berhijab.Tahun 2015 merupakan tahun giler shawl dan giler majalah HIJAB...Sebenarnyer akak tertarik dengan majalah ni masa jalan-jalan di pasar pagi Jerantut and kebetulan dekat tempat jual suratkhabar memang diselitkan menjual majalah-majalah,so akak pon belek membelek..ini merupakan salah satu hobi atau tabiat dari kecil hingga dewasa... akak membelek-belek apa saja and kalu suka baru beli.Akak tertarik ler dengan majalah HIJAB dan beli.Dalam majalah ni banyak memaparkan tentang  cara pakai shawl dan  yang menariknyer fesyen muslimah terkini.
Bagi akak kalu nak bertudung memang sangat simple dan manisnyer....biler tengok gaya dan trend terkini pakai shawl....mudahnyer kalu nak bertudung..so bagi adik-adik dan rakan-rakan yang belum mengenakan tudung..jadikan tahun 2015 tahun bertudung..simple...comel..alunan shawl terkini sangat indah dan teruja bagi si pemakai..memang gilerrrr shawl...Bershawl sangat bagus..hihi(ayat orang giler shawl)hindar dari panas terik matahari dan paling penting tutup aurat..Shawl x ler mahal sangat..ader yang RM8.00..ader yang lagi murah pon ader tapi kena cari kat Muaz Textiles.
So,apa lagi sahabatku "JOM KITA BERSHAWL"........memang sangat manis,simple dan anggun di kepala..Lastly akak ingin memohon maaf jika cetusan idea ini menyentuh sensitiviti mereka diluar sana..Jom ubah penampilan anda bagi tahun 2015.....
Sekian Terima Kasih bagi yang sudi meluangkan masa untuk membaca bicara akak..
sajer jerr akak nak share gambar pakai shawl...hihi

Isnin, 12 Januari 2015

Jalan-jalan Frazer Hill,Pahang Malaysia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini akak ingin berkongsi cerita pengalaman jalan-jalan ke Frazer Hill,Raub Pahang.Bagi yang ingin rehat minda dan cintakan alam sekitar,tempat ini sangat sesuai dilawati dan dikunjungi.Suasana yang menghijau memberi kesan yang sangat baik untuk mata dan bagi yang suka bakar kalori dengan berjalan kaki,memang sesuai sangat ke sini kerana disini kita memang banyak berjalan kaki untuk melihat keindahan setempat.Bagi photographer yang ingin merakam keindahan burung berterbangan dan indahnya seni bina rumah,Frazer Hill menunggu kedatangan anda ke sini.Yang paling akak suka deretan tanaman bunga ros amat memukau pandangan mata.So,kepada pencinta alam sekitar....tempat ini adalah salah satu tempat yang patut anda kunjungi.Dibawah ini akak ingin kongsikan beberapa keping foto sepanjang berada di sana...










Sekian Terima Kasih....

Khamis, 8 Januari 2015

Jalan-jalan Port Dickson

Disini akak mencari ruang dan masa untuk berkongsi cerita tentang jalan-jalan Port Dickson sempena sambutan  Hari keluarga Halimah Deris iaitu ibu mertua akak.Hari keluarga ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang pada awal tahun 2014 lagi namun dua keluarga tidak dapat mengikuti program ini kerana masalah banjir.Walaupun banjir melanda, kami terpaksa teruskan juga kerana kami telah membuat tempahan awal dan jika kami buat pembatalan, duit deposit tidak akan dipulangkan.Hari keluarga ini sebenarnya sangat bagus diadakan kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menghargai jasa seorang ibu.Mungkin ramai diluar sana masih mempunyai ibu dan ayah, jadi hari keluarga ini merupakan salah satu penghargaan untuk ibubapa.Apa yang ingin akak nyatakan program ini memang  sangat bagus dan dapat lupakan segala masalah seketika.Mesti rakan-rakan tertanyer-tanyer akak makan kat luar atau masak sendiri?Jawapannyer masak sendiri,bawak dapur sendiri,bahan basah dan bahan kering beli dekat TF value Mart Port Dickson.Memang berbaloi masak sendiri....
Tarikh hari keluarga:26/12/2014-28/12/2014
Tempat:Corus Paradise Resort Port Dickson
Jenis tempat penginapan:Apartmen
Bayaran:RM530.00
Dibawah akak kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Kepada rakan-rakan yang ingin mengadakan sambutan hari keluarga,tempat ni memang sesuai dan best.
Master Bedroom..

Ruang Tamu

2 singlebed tuk anak-anak

sedang bincang aper agaknyer??



Ruang dapur senang nak masak sendiri...jimat

Swimmimg pool dkt hotel




cantik suasana kat sini





My mother in law...yg diraikan..

pantai yg sangat dekat dengan hotel..mmg berbaloi kalau rakan-rakan ke sini..






salah satu aktiviti yg memang sangat enjoy..









tempat makan paling best untuk disinggah biler ke Port Dickson..

Sekian Terima Kasih Sahabatku....

Khamis, 1 Januari 2015

Jalan-Jalan Cameron Highlands Pahang Malaysia

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Episod jalan-jalan kali ni akak ingin membawa rakan-rakan menjelajah ke Tanah Tinggi Cameron Highlands yang merupakan salah satu pusat peranginan tersohor di negeri Pahang Malaysia.Tempat ini menjadi tumpuan pelancong dalam negara dan luar negara.Kali ini akak membawa keluarga menginap di Heritage Hotel.
Dibawah akak ingin berkongsi beberapa keping foto semasa berada disana.

Kolam ikan Kap menarik perhatian para pengunjung ke hotel ini.

Tempat bersantai diluar hotel.






Pandangan hadapan Heritage Hotel.

Menu breakfast

Pic Taman Bunga kawasan Heritage Hotel




Amzar dan Aiman

Pintu masuk Heritage Hotel.



Kolam ikan dekat kebun strawberi.

Melawat kebun strawberi