Jumaat, 27 Februari 2015

Jalan-Jalan Cameron Highlands

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Syukur Alhamdulillah bagi tahun 2015 akak dapat menjejakkan kaki ke Cameron Highlands dengan tujuan untuk mengikuti Kursus Bina Insan Guru yang telah dijalankan dan dilaksanakan di Sk.Convent.Sememangnya dah lama pasang niat nak ke Sk.Convent dan syukur Alhamdulillah Allah SWT makbulkan niat dihati ini.Mungkin ada yang telah tahu dan ada yang tidak tahu tentang perkara yang sangat menarik dan tertarik tentang sekolah ini.Diantara salah satu sebabnya akak nak sangat ke sekolah ini kerana Sk.Convent merupakan salah sebuah sekolah berprestasi tinggi dan disekolah ini juga ada seorang guru cemerlang Sains yang sangat komited dengan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh KPM.Rasa sangat bertuah dapat berkunjung ke Sk.Convent dan begitu sangat-sangat teruja dengan keberhasilan sekolah.ini.Disegenap ruang disekolah ini terdapat banyak pengisianya.

Akak bertolak ke Cameron Highlands pada 25/2/2015 hari Rabu.Tiba di Cameron akak check in di hotel Heaven Hill.Ruang bilik sangat selesa dan jika ada rezeki dilain kali moga dapat menginap disini lagi.Dibawah akak ingin berkongsi beberapa keping foto sepanjang berada disini.
Hotel tempat akak menginap di Tanah Rata,Cameron Highlands.

No.Pintu Bilik

1 Single Bed 1 Queen Bed

Simple



Tempat Makan Malam

Ruang Dalam Kedai

Pagi yang dingin..

Salah satu tempat penginapan

Tempat sarapan pagi berdekatan Majlis Daerah Cameron Highlands.Banyak pilihan menu sarapan pagi.Sedap makanan dekat sini.Nasi Kerabu,Nasi Dagang,Nasi Lemak Dan Nasi Berlauk.

Gerai Jagung Rebus Cameron...mmg terbaik di Tanah Rata...mesti cuba

Shopping Sayur...

Salah Satu Tempat menginap di Tanah Rata.

Shopping at Kea Farm, Cameron Highlands with my friends...enjoy

SK CONVENT



Ahad, 22 Februari 2015

Jalan-Jalan d'ARK Resort,Janda Baik,Bentong Pahang Malaysia.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Hari ini akak ingin berkongsi pengalaman jalan-jalan sempena cuti Tahun Baru Cina ke satu tempat yang sangat  menarik perhatian pengunjung ke sebuah perkampungan yang menghijau iaitu Janda Baik yang terletak di daerah Bentong dalam negeri Pahang.Di negeri Pahang memang banyak tempat-tempat menarik yang belum dijelajah oleh akak sebagai rakyat Pahang dan anak kelahiran negeri Pahang.Bertuah sebagai anak Pahang sebabnya negeri Pahang merupakan salah satu negeri pelancongan yang mana terdapat banyak tempat-tempat pelancongan yang semestinya wajib dikunjungi oleh pelancong dalam negara dan luar negara.Kunjungan ke Janda Baik ini merupakan perancangan last minit untuk membawa anak-anak untuk pengisian cuti Tahun Baru Cina.Budak-budak memang suka main air jadi tempat ini memang sangat sesuai untuk bawa anak-anak menjalankan aktiviti main air.Info Jalan-jalan seperti di bawah:

Tarikh:19-20/FEB 2015
Hari:Khamis dan Jumaat.
Tempat dan alamat:d'ARK Resort Sdn.Bhd
Ashida Villa,Lot 5303,Pulau Santap,Janda Baik
28750,Bentong ,Pahang Darul Makmur,Malaysia.
Nombor Telefon:09-2330031.
ROOM  RATES
Name:Teratai
Type:Deluxe
Bed:1 Queen 1 single bed
Rates:RM254.00 Nett
*Sebenarnya banyak lagi jenis-jenis bilik kat sini...

Resort ini bercirikan tradisional dan bagi rakan-rakan yang merupakan pencinta rumah tradisional jadi resort ini merupakan salah satu tempat yang patut anda pilih.Tempat ini juga sangat cantik untuk merakamkan foto-foto yang indah.Dibawah akak kongsikan beberapa keping foto sepanjang berada disini.
norhaslindamamat.blogspot.com

Lata depan resort..memang enjoy...

Tempat akak menginap yang bahagian bawah..

Pintu masuk ke resort

Bahagian hadapan depan /utama resort









Isnin, 16 Februari 2015

Projek " Rock Garden" Prasekolah Sk.Pedah Jerantut Pahang Malaysia.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

Pada hari ini akak ingin berkongsi dengan rakan-rakan tentang satu projek kecerian luar prasekolah bagi tahun 2015.Projek kecerian prasekolah ini merupakan salah satu perancangan tahunan jangka panjang yang dilaksanakan  bertujuan untuk penambahbaikan kecerian prasekolah Sk.Pedah pada setiap tahun serta merupakan salah satu projek inovasi bagi sesi pengajaran dan pembelajaran yang bertema "Bunga".Projek ini dilaksanakan sepenuhnya oleh akak dan BFF akak iaitu En Mat Anuar Bin Mat Yunus yang banyak menyumbangkan tenaga bagi menjayakan projek ini.Terima Kasih diucapkan kepada beliau. Projek ini telah dilaksanakan seperti ketetapan berikut:

Tarikh Perlaksanaan:Januari-Februari 2015
Anggaran Kos Projek:RM800.00
Tempat:Prasekolah Sk Pedah.

Dokumentasi Projek










Ahad, 15 Februari 2015

Jalan-jalan Istanbul Turkey

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dikesempatan ini akak ingin mencurahkan serba sedikit pengalaman manis akak ke Istanbul.Istanbul salah satu destinasi yang cukup indah untuk dilawati dan pastinya jika dimurahkan rezeki sekali lagi ingin berkunjung ke Istanbul.Bagi akak perkara yang paling mengagumkan ialah seni bina masjid yang cukup unik dan indah.Rumah ibadah yang sangat indah dan jiwa yang begitu tenang bila berada di setiap sudutnya.Akak begitu teruja bila berada disini dengan cuacanya yang dingin dan bauan rose yang menyegarkan dan pokok bunga ros yang dijadikan lanskap kota sangat menarik perhatian pengunjung.Persekitaran yang bersih memukau mata memandang dan bagaikan sebuah mimpi ketika berada disana.Selain itu,Istanbul merupakan salah satu destinasi membeli belah yang sangat menarik dan bagi yang kaki jalan kaki shopping memang sangat berbaloi dan terbaik untuk datang ke sini.Memang tidak sia-sia rakan-rakan berkunjung di Istanbul.Segalanya ada disini dan yang pastinya anda terpukau dan anda akan rasakan betapa cepatnya masa berlalu sehingga anda akan katakan" cepatnyer dah nak balik,boleh tak nak stay lagi kat Istanbul?"Di bawah ini akak kongsikan beberapa keping foto untuk rakan-rakan singgah sebentar di Istanbul.







Jalan-Jalan Pantai Teluk Chempedak,Kuantan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Pada episod jalan-jalan Pantai Teluk Chempedak,akak ingin berkongsi serba sedikit tentang apa yang menarik tentang Pantai Teluk Chempedak.Bagi rakan-rakan yang minat dan suka dengan keindahan pantai,tempat ini sangat sesuai untuk dikunjungi dan dilawati seterusnya menjadi salah satu tempat percutian yang menarik dimana berdekatan dengan pantai ini terdapat sebuah hotel terkemuka iaitu Hayat Regency Hotel bagi mereka yang ingin menginap disini.
Pantai Teluk Chempedak merupakan salah satu pusat peranginan yang terkenal di negeri Pahang Darul Makmur.Tempat ni sangat menarik dikunjungi apabila kita menjejakkan kaki ke bandar Kuantan,yang paling gembira sudah tentu anak-anak yang suka dengan keindahan pantai.Dibawah akak kongsikan beberapa keping foto sepanjang berada di pantai ini.