Khamis, 8 Januari 2015

Jalan-jalan Port Dickson

Disini akak mencari ruang dan masa untuk berkongsi cerita tentang jalan-jalan Port Dickson sempena sambutan  Hari keluarga Halimah Deris iaitu ibu mertua akak.Hari keluarga ini merupakan salah satu aktiviti tahunan yang telah dirancang pada awal tahun 2014 lagi namun dua keluarga tidak dapat mengikuti program ini kerana masalah banjir.Walaupun banjir melanda, kami terpaksa teruskan juga kerana kami telah membuat tempahan awal dan jika kami buat pembatalan, duit deposit tidak akan dipulangkan.Hari keluarga ini sebenarnya sangat bagus diadakan kerana dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan serta menghargai jasa seorang ibu.Mungkin ramai diluar sana masih mempunyai ibu dan ayah, jadi hari keluarga ini merupakan salah satu penghargaan untuk ibubapa.Apa yang ingin akak nyatakan program ini memang  sangat bagus dan dapat lupakan segala masalah seketika.Mesti rakan-rakan tertanyer-tanyer akak makan kat luar atau masak sendiri?Jawapannyer masak sendiri,bawak dapur sendiri,bahan basah dan bahan kering beli dekat TF value Mart Port Dickson.Memang berbaloi masak sendiri....
Tarikh hari keluarga:26/12/2014-28/12/2014
Tempat:Corus Paradise Resort Port Dickson
Jenis tempat penginapan:Apartmen
Bayaran:RM530.00
Dibawah akak kongsikan beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Kepada rakan-rakan yang ingin mengadakan sambutan hari keluarga,tempat ni memang sesuai dan best.
Master Bedroom..

Ruang Tamu

2 singlebed tuk anak-anak

sedang bincang aper agaknyer??



Ruang dapur senang nak masak sendiri...jimat

Swimmimg pool dkt hotel




cantik suasana kat sini





My mother in law...yg diraikan..

pantai yg sangat dekat dengan hotel..mmg berbaloi kalau rakan-rakan ke sini..






salah satu aktiviti yg memang sangat enjoy..









tempat makan paling best untuk disinggah biler ke Port Dickson..

Sekian Terima Kasih Sahabatku....

Khamis, 1 Januari 2015

Jalan-Jalan Cameron Highlands Pahang Malaysia

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

Episod jalan-jalan kali ni akak ingin membawa rakan-rakan menjelajah ke Tanah Tinggi Cameron Highlands yang merupakan salah satu pusat peranginan tersohor di negeri Pahang Malaysia.Tempat ini menjadi tumpuan pelancong dalam negara dan luar negara.Kali ini akak membawa keluarga menginap di Heritage Hotel.
Dibawah akak ingin berkongsi beberapa keping foto semasa berada disana.

Kolam ikan Kap menarik perhatian para pengunjung ke hotel ini.

Tempat bersantai diluar hotel.






Pandangan hadapan Heritage Hotel.

Menu breakfast

Pic Taman Bunga kawasan Heritage Hotel




Amzar dan Aiman

Pintu masuk Heritage Hotel.



Kolam ikan dekat kebun strawberi.

Melawat kebun strawberi