Sabtu, 14 Mac 2015

JOM JADI BIJAK DALAM MEMBELI.

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

14/3/2015 Sabtu.
Hari ini ada pasar malam di Jerantut.Kebetulan hari ini, gaji husband,so apa lagi waktu sebeginilah nak mintak belanja.Belanja wife dan anak-anak dapat pahala dan murah rezeki...Jadi jangan berkiralah sangat.
Memandangkan bermula cuti sekolah,mesti ramai orang dan tempat parking mesti susah nak dapat kalau bawa kereta,penyelesaian yang terbaik naik motor, cepat dan mudah parking.
Niat dihati nak membeli ayam percik,so pergilah ke tempat yang biasa pergi beli.Dan sebenarnya dah lama tak ke pasar malam dan dah lama tak makan ayam percik.Tiba dekat tempat jualan ayam percik,kami terkejut dengan apa yang kami lihat,Oh tidak ku sangka harga ayam percik berharga RM4.50 seketul kecil.Harga lama RM3.00 dan kenaikan harga sebanyak RM1.50.
Keputusannya,kami tak jadi nak beli ayam percik tadi walaupun nafsu makan ayam percik dah terbayang-bayang.Bukan kedekut,bukan sayang duit....tapi kami ingin jadi "BIJAK DALAM MEMBELI".Ini merupakan satu langkah bagaimana nak ajar peniaga supaya dia tahu kenapa produk jualan tidak mendapat sambutan.Dengan kata lain"BOIKOT MEMBELI JIKA MAHAL".Kepada para peniaga di luar sana kenapa kita nak jual harga yang mahal?Jika anda jual dengan harga murah dan berpatutan,pembeli akan datang berpusu-pusu nak membeli apa yang anda jual.Pendapatan semakin meningkat dan anda untung.Jika anda jual mahal,pembeli tak akan datang membeli dan kesannya anda rugi.Produk yang anda jual akan rosak dan anda akan alami kerugian yang sangat tinggi.Yang mana pilihan anda wahai para peniaga?"UNTUNG ATAU RUGI?"
Cuba renung-renungkan,cuba fikir-fikirkan...Anda tak akan rugi jika jual dengan harga murah tapi anda akan rugi jika jual harga mahal sebab orang akan berfikir nak membeli.
Sekian Terima Kasih kerana sudi membaca.

Tiada ulasan: