Jumaat, 13 November 2015

JALAN-JALAN AIR TERJUN CHAMANG,BENTONG PAHANG MALAYSIA

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

20/3/2015 Jumaat.
Syukur Alhamdullillah hari ini dapat berkunjung ke Air Terjun Chamang sempena memenuhi aktiviti cuti sekolah.Sebenarnya dah lama berminat nak ke sini setelah membaca blog rakan-rakan iaitu blog cikgu Faiz yang pernah ke Air Terjun Chamang.Plan nak ke sini sememangnya telah ada dalam perancangan tetapi pergi secara tidak dirancang.Kenapa akak cakap macam tu?Sebabnya En Husband sibuk dengan kerja dan last minute buat keputusan nak pergi.Anak-anak paling happy sebabnya bermain air adalah salah satu aktiviti yang paling disukai oleh mereka.Kalau nak pilih tempat-tempat nak bagi anak-anak enjoy carilah tempat yang ada aktiviti bermain air confirm mood happy..tapi kena hati-hati bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.Bagi memastikan keselamatan anak-anak akak akan pastikan mereka memakai life jacket semasa menjalankan aktiviti di air.









SEKIAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN ANDA SINGGAH DI BLOG AKAK.

Tiada ulasan: