Isnin, 23 November 2015

JALAN-JALAN FARM IN THE CITY DAN KILANG COKLAT BERYL'S ,SERI KEMBANGAN

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

24/10/2015

Pada kali ini Kak Long ingin berkongsi beberapa keping gambar semasa melawat Farm In The City dan Kilang Coklat Beryl's yang terletak di Seri Kembangan.Kak Long sebenarnya mengikuti Lawatan Sambil Belajar Prasekolah Sekolah Kebangsaan Jerantut Jaya,Jerantut yang mana anak perempuan Kak Long bersekolah di situ.Jadi,Kak Long dapat berpeluang jalan-jalan ke tempat yang belum pernah dikunjungi.Bagi kanak-kanak sangat sesuai ke tempat ini dimana dapat mengenali dengan lebih dekat tentang hidupan haiwan jinak dan haiwan liar.Manakala,semasa di kilang coklat pula kanak-kanak dapat melihat sendiri cara pemprosesan atau membuat coklat.Melalui pemerhatian Kak Long semasa berada dikilang ini,kanak-kanak cukup teruja untuk membeli pelbagai jenis coklat.Jadi,ibu-ibu jika mengikuti lawatan ke sini  mesti memperuntukkan wang yang lebih sebabnya anak-anak akan ambil coklat dengan rasa seronok dan tidak terkawal.Kalau ibu cakap tak boleh maka  berubahlah air muka masing-masing.Itulah perkara yang paling Kak Long tidak suka dan pantang bila anak-anak buat muka yang paling simpati dan buat ibu marah.Jadi,ibu-ibu kena banyak bersabar dengan karenah anak-anak.











SEKIAN TERIMA KASIH KERANA SUDI MELUANGKAN MASA MENGUNJUNGI BLOG KAKLONG.

Jumaat, 13 November 2015

JALAN-JALAN MAGIC ART MUSEUM,MALACCA

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

13/6/2015
Episod jalan-jalan kali ini Kaklong ingin membawa anda ke Magic Art Museum.Apa yang dapat diperkatakan tentang muzium ini ialah sangat sesuai kepada peminat seni lukisan 3D.Bagi mereka yang kaki gambar elok sangatlah bagi mereka memilih tempat ni.Baiklah Kaklong ingin berkongsi beberapa keping foto sepanjang berkunjung ke muzium ini.



















JALAN-JALAN GAMBANG WATERPARK,KUANTAN PAHANG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Pada kali ini KakLong ingin berkongsi cerita episod jalan-jalan ke Gambang Waterpark,Kuantan.Tak sah kalau tak berkunjung ke tempat yang ada aktiviti bermain air.Memandangkan anak-anak suka sangat main air kat rumah jadi ibu bagi peluang main air dan berendam sepuas-puasnya dekat Gambang Waterpark




JALAN-JALAN PULAU CHEKAS RAUB,PAHANG

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera.

7/11/2015
Pada episod jalan-jalan kali ini kaklong ingin membawa anda semua ke satu destinasi pelancongan yang paling popular dinegeri Pahang yang terletak di daerah Raub.Bagi anda yang sangat teruja dengan keindahan alam sekitar memang tidak mengecewakan bila anda memilih berkunjung ke sini.Deruan air lata yang mengalir sangat mengujakan dan menghilangkan stress di tempat kerja sambil mendengar alunan kicauan burung-burung.Kak long ke sini bersama anak-anak,adik ipar,biras dan ibu mertua.Kesimpulannya,tempat ni memang best untuk program family day.Disini kak long ingin kongsi beberapa keping gambar sepanjang berkunjung ke Pulau Chekas,Raub.












TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA RAKAN-RAKAN KERANA SUDI BERKUNJUNG KE BLOG KAKLONG.

JALAN-JALAN AIR TERJUN CHAMANG,BENTONG PAHANG MALAYSIA

Assalamualaikum Dan Selamat Sejahtera

20/3/2015 Jumaat.
Syukur Alhamdullillah hari ini dapat berkunjung ke Air Terjun Chamang sempena memenuhi aktiviti cuti sekolah.Sebenarnya dah lama berminat nak ke sini setelah membaca blog rakan-rakan iaitu blog cikgu Faiz yang pernah ke Air Terjun Chamang.Plan nak ke sini sememangnya telah ada dalam perancangan tetapi pergi secara tidak dirancang.Kenapa akak cakap macam tu?Sebabnya En Husband sibuk dengan kerja dan last minute buat keputusan nak pergi.Anak-anak paling happy sebabnya bermain air adalah salah satu aktiviti yang paling disukai oleh mereka.Kalau nak pilih tempat-tempat nak bagi anak-anak enjoy carilah tempat yang ada aktiviti bermain air confirm mood happy..tapi kena hati-hati bimbang perkara yang tidak diingini berlaku.Bagi memastikan keselamatan anak-anak akak akan pastikan mereka memakai life jacket semasa menjalankan aktiviti di air.









SEKIAN TERIMA KASIH DI ATAS KESUDIAN ANDA SINGGAH DI BLOG AKAK.